Badan Pengawas Sekolah Agama Bandar Tiram

Banyak perkara-perkara yang dilalui oleh Sekolah Agama Bandar Tiram terutama dalam menempuh alam persekolahan dan pembelajaran.Pihak pentadbiran sekolah sudah pasti tidak dapat berjalan dengan baik dan teratur tanpa adanya kerjasama daripada Pengawas-pengawas. Oleh yang demikian sekolah memerlukan bantuan daripada pengawas terutamanya dalam mengawal pelajar-pelajar yang ramai jumlahnya.Jika dilihat Badan Pengawas SABTJB telah dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mana telah menaikkan nama sekolah contohnya kerjasama Badan Pengawas dalam aktiviti Marhaban & Kunjungan Hari Raya ,Pertandingan Nasyid dan sebagainya. Majlis Guru SABTJB mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan pada Badan Pengawas Sekolah Agama Bandar Tiram atas kerjasama dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam membantu guru dan sekolah. Semoga Badan Pengawas SABTJB akan terus dapat memainkan peranan membantu sekolah di masa-masa akan datang.

Tuesday, June 23, 2009

Wednesday, February 11, 2009

Imbasan kembali

Gambar kenangan sukan Pengawas pagi 2005